Saturday, 21 June 2014

NOTA SAINS

Organ-organ Deria

Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan (stimuli), yang merupakan perubahan di sekeliling kita.


Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan.


Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak balas kepadanya.


Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya.


Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis rangsangan.


Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.



Organ deria
Jenis deria
Ransangan dikesan
Kulit
Sentuhan
Sentuh, tekanan, sakit, sejuk & panas
Hidung
Bau
Bahan-bahan kimia
Lidah
Rasa
Kimia
Telinga
Pendengaran & keseimbangan
Bunyi
Mata
Penglihatan
Cahaya

NOTA MATEMATIK

BENTUK DAN RUANG

Bab 1 – Nombor Berarah (Directed Number)

Pendaraban dan Pembahagian Integer

Mendarabkan integer
Pendaraban suatu integer dengan integer positif adalah penambahan yang berulang-ulang integer tersebut.

Peraturan untuk pendaraban integer.

Hasil pendaraban dua integer adalah positif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda yang sama seperti (a) dan (d) dalam jadual di atas.
Hasil pendaraban dua integer adalah negatif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda yang tidak sama seperti (b) dan (c) dalam jadual di atas.
Hasil pendaraban suatu integer dengan sifar (zero) akan sentiasa sifar seperti (e) dan (f) dalam jadual di atas.

Contoh 1
Cari hasil darab yang berikut:
25 x (-4)
Jwb:
(+) x (-) = -
= – (25 x 4)
= -100

(-15) x (-6)
Jwb:
(-) x (-) = +
= + (15 x 6)
= 90

(-18) x 0
Jwb:
= 0

4 x (-2) x (-3)
Jwb:
= 4 x [(-2) x (-3)]
(-) x (-) = +
= 4 x 6
= 24

(-7) x 3 x (-4)
Jwb:
= [(-7) x 3] x (-4)
(-) x (+) = -
= (-21) x (-4)
(-) x (-) = +
= 84
Penyelesaian masalah yang melibatkan pendaraban integer.

Contoh 2

Paras air di empangan menurun 5cm setiap hari. Berapakah jumlah penurunan paras air selepas 17 hari?
Jwb:
Tahap penurunan air dalam sehari = 5 cm [ditulis sebagai -5 cm]
Tahap penurunan air selepas 17 hari = 17 x (-5 cm) = -85 cm
Jumlah penurunan paras air selepas 17 hari adalah 85 cm.