Saturday, 27 September 2014

GEORGRAFI

GEOGRAFI BAB 1 DAN 2

BAB1: KEDUDUKAN

Mengenal Latitud / Garis Lintang

Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas dan glob. Garis lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari yang semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan. Garis lintang diberi nilai darjah (° ) Utara atau Selatan. Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1°U hingga 90°U manakala di Hemisfera Selatan diberi nilai 1°S hingga 90°S.
                                                                                                                                                                                                                                                                         


Garis-garis lintang yang utama ialah: 
GarisanKhatulistiwa ( 0° )
Garisan Sartan ( 23½°U )
Garisan Artik ( 66½°U )
Garisan Jadi ( 23½°S )
Garisan Antartik ( 66½°S )

Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan membahagikan bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.




Mengenal Longitud / Garis Bujur / Meridian
Garis longitud  ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub selatan. Di atas peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke selatan. Di atas glob, garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah separuh lilitan bumi.
Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich, London diberi nilai 0°. Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal. Terdapat sebanyak 360° garis longitud. 


Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1°T hingga 180°T, manakala garis longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi nilai 1°B hingga 180°B. Oleh kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis longitud 180°T dan 180°B adalah garisan yang sama. Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ).


Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud Dan Longitud





Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat. Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan terlebih dahulu diikuti nilai garis longitud. Bagi mendapatkan kedudukan yang lebih tepat, setiap darjah (°) dibahagikan kepada 60 minit ( ‘ ).



Nama Tempat           Garis Latitud            Garis Longitud


Kudat                              6° 54’U                     116° 51’T

Tuaran                             6° 10’U                     116° 14’T
Kota Belud                      6° 22’U                     116° 26’T
Ranau                              5° 58’U                     116° 43’T
Kota Kinabalu                 5° 40’U                     116°T
Beufort                            5° 20’U                     115° 46’T
Tenom                             5° 2’U                       115° 57’T
Tawau                             4° 16’U                     117° 53’T
Semporna                        4° 29’U                     118° 36’T
Lahad Datu                      5° 6’U                       118° 20’T
Sandakan                         5° 45’U                     118°T

Mengira Waktu Tempatan

Garis longitud digunakan untuk mengira waktu. Waktu tempatan dikira dengan merujuk kepada waktu di Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0° ). Oleh kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada barat. Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.

                            
Formula
Satu putaran bumi (360°) mengambil masa 24 jam.
Oleh itu dalam masa 1 jam bumi berputar melalui 360/24 = 15° garis longitud.
Dalam 1° garis longitud pula bumi mengambil masa 60/15 = 4 minit.



Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu tempatan di:

Bombay ( 73°T )
Buenos Aires ( 58°B)

Waktu di Bombay ( 73°T )

Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud       73°- 0° = 73°
Cari perbezaan masa                   73 ÷15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
                                                   = 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
                                                   = 5.52 pagi

Waktu di Buenos Aires ( 58°B )  Langkah-langkah

Cari perbezaan garis longitud           58° - 0° = 58°
Cari perbezaan masa                       58 ÷ 15 = 3 jam 52 minit
Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
                                                     = 1.00 pagi – 3 jam 52 minit
                                                     = 9.08 minit malam.



Waktu Piawai


-Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di sesuatu kawasan yang kecil.  Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu piawai. Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah mengikut kedudukan garis bujur yang melalui Kuala Lumpur. Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu meliputi 15° garis longitud.


-Garisan Tarikh Antarabangsa  GTA) ialah garis bujur 180° B/ 180°T.Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur.

Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180° mengalami keadaan tengah malam.Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand, GTA dilukis secara bengkang-bengkok.

-Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.

Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di benua Amerika Selatan, dia akan ‘untung’ sehari. Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika Selatan ke kawasan di benua Australia, dia akan ‘rugi’ sehari.

BAB 2: ARAH




Pengenalan 
Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan arah. Ia diukur dengan kiraan darjah (°). Terdapat dua cara untuk membaca, mengukur dan menyatakan bearing iaitu:

Bearing Bulatan Penuh / Bearing, Azimut / Bearing, Tentera / Bearing Bearing bulatan penuh adalah arah yang dinyatakan mengikut pusingan jam. Bacaan dan kiraan dimulakan dari 0° hingga 360°.






Kompas magnetik digunakan untuk mencari bearing sesuatu tempat semasa menjalankan kerja luar. Jangka sudut pula digunakan untuk mengukur bearing dalam peta. Semua ukuran sudut ikut arah pusingan jam  bermula 0° hingga 360° .
Cara mengukur bearing azimut dapat ditunjukkan melalui rajah di bawah.








Contoh pengiraan bearing sudutan :






Cari bearing puncak berketinggian 175 dari puncak berketinggian 254





Saturday, 6 September 2014

NOTA SEJARAH


BAB 4:KEKAYAAN SARAWAK MENDORONG PENJAJAHAN KELUARGA BROOKE

4.1)Perpecahan Membuka Ruang Penjajahan

1) Sarawak adalah di bawah penguasaan Sultan Brunei.
2) Namun Sultan Brunei melantik pembesar tempatan mentadbir Sarawak.
3) Setiap daerah ditadbir Ketua Tempatan Melayu dan Bajau yang 
     bertanggungjawab melaksanakan arahan dan memungut cukai.
4)Ketua Tempatan digelar Menteri Darat, Temenggung, atau Orang Kaya.
5) Datu Patinggi Ali pemerintah Sarawak pada tahun 1820-an.
6) Sarawak kaya dengan antimoni dan emas.
7) Oleh itu, Sultan Brunei mengukuhkan kuasanya dengan melantik Pangeran 
     Indera  Mahkota untuk mengambil alih kuasa di Sarawak.
8) Orang Bidayuh dan orang Melayu menentang kerana:
   (i) Mengambil alih kuasa pentadbiran, pedagangan antimoni dan emas daripada 
        pembesar Melayu.
   (ii) Orang Bidayuh dikenakan cukai yang tinggi dan mereka dijadikan buruh paksa.
9) Penentangan bertujuan membebaskan Sarawak daripada pemerintahan Brooke.
10)Penentangan pada tahun 1837 di Sarawak diketuai oleh Datu Patinggi Ali.
11) Pengeran Raja Muda Hashim dihantar untuk mengembalikan keamanan.
12)Beliau gagal lalu meminta bantuan James Brooke dan berjanji akan melantiknya 
      sebagai  Gabenor. 
13 1840 -James Brooke berjaya menamatkan pemberontakan.
14 1841 -James Brooke diberi kuasa menjadi Gabenor dan Raja Sarawak. '
15 1842 - Perjanjian dengan Sultan Brunei telah mengiktiraf James Brooke sebagai 
                  Raja Sarawak dan menguasai Tanjung Datu hingga ke Sungai Samarahan.

4.2) Keluarga Brooke Meluaskan Kuasa

1905 - Charles Brooke membeli Lawas daripada Sultan Hashim Jalal.
1883 - Sultan Brunei menyerahkan Sungai Trusan dengan bayaran 4 500 dolar setahun.
1861 - Sultan Mu'mein menyerahkan Sungai Rajang dengan bayaran 4 500 dolar setahun.1853-Sultan Abdul Mu'mein menyerahkan wilayah antara Samarahan dan Rajang dengan  bayaran 1500 dolar setahun.


4.3Keluarga Brooke Memantapkan Pentadbiran


1) Sistem pemerintahan beraja:

    (i) Diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James, Charles dan Charles Vyner Brooke.
    (ii) Melibatkan pembesar tempatan dalam pentadbiran untuk mendapatkan sokongan
          dan menasihati dalam hal undang-undang dan adat tempatan.

2) Majlis Tertinggi:

   (i) Dianggotai oleh Raja Sarawak, Residen Bahagian Pertama, dan empat Datu Melayu.
   (ii) Meluluskan undang-undang dan menasihati Brooke.

3) Majlis Negeri:

    Memberi peluang kepada pemimpin bumiputera menyuarakan pendapat dan bertukar-tukar fikiran dan terlibat dalam pentadbiran.

4 Majlis Bahagian:

   (i) Dibahagikan kepada 5 bahagian.
   (ii) Diketuai oleh Residen, dibantu oleh Penolong Residen, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Anak Negeri, dan ketua kampung.
   (iii) Bidang tugas Majlis Bahagian ialah menasihati Residen, mengetuai ekspedisi tentera,                menjaga keamanan, dan mengutip cukai.

5) Perlembagaan Sarawak 1941:

    (i) Bertujuan memberi kuasa pemerintahan kepada rakyat.
    (ii) Menyerahkan kuasa mutlak kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
    (iii) Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dan menguruskan kewangan.
    (iv) Tidak dapat dilaksanakan kerana serangan Jepun.

4.4 Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke


1) Hasil hutan:

    Sarang burung, damar, kayu balak, kapur barus, rotan, dan getah jelutung.

2) Tanaman tradisional:

    (i) Sagu diusahakan oleh kaum Melanau di Oya, Mukah, dan Bintulu.
    (ii) Lada hitam diusahakan oleh penduduk Cina di Bahagian Pertama dan Bahagian 
          Kedua.
    (iii) Kelapa ditanam oleh orang Melayu di Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua.

3) Tanaman baru:

    (i) Getah di Sarikei dan Kuching.
    (ii) Tembakau di Lundu.
    (iii) Balak di Sungai Rajang.

4) Perlombongan:

    (i) Antimoni dan emas di Bau diusahakan oleh Syarikat Borneo.
    (ii) Minyak di Mid diusahakan oleh The Anglo-Saxon Oil Company.

4.51 Perubahan Sosial di bawah Pentadbiran Keluarga Brooke


1) Brooke mengamalkan dasar pecah dan perintah:

     (i) Orang Melayu - pentadbiran
     (ii) Orang Iban - ketenteraan
     (iii) Orang Cina - perdagangan, perlombongan, dan pertanian.
2) Penubuhan bandar seperti Kuching, Miri, Bintulu, dan Sibu.
3) Sistem pengangkutan seperti:
     (i) Jalan raya di Kuching dan Miri.
     (ii)Landasan kereta api antara Kuching ke Ban dibina pada tahun 1917 tetapi ditutup kerana kemelesetan ekonomi.
     (iii)Jalan air ialah perhubungan utama di Sarawak. Syarikat perkapalan di Sarawak  seperti  Singapore and Sarawak Steamship Company.
     (iv) Jalan udara menghubungkan Kuching dengan Singapura.
4) Perhubungan seperti perkhidmatan pos, telefon, dan telegraf terhad di Kuching.
5)Kemudahan kesihatan seperti hospital dan klinik di Kuching dan Sibu.
6)Pendidikan orang Melayu setakat sekolah rendah dan ketinggalan.
7)Sekolah lnggeris diuruskan oleh mubaligh Kristian. Sekolah Cina menggunakan buku, sukatan, dan guru dari China.
8)Jabatan Pendidikan ditubuhkan untuk mengawal perkembangan pendidikan.
9)Guru mendapat latihan di MPSI dan Maktab Perguruan Kent.