Saturday, 11 October 2014

KEMAHIRAN HIDUP

FAKTOR REKA BENTUK


 i-Fungsi
-    berfungsi dengan baik dan memenuhi kehendak pengguna

ii-Rupa Bentuk
-    mempunyai konsep dan rupa menarik, stabil dan praktikal ketika menggunakannya

iii-Kesesuaian Bahan
-    menggunakan bahan yang mudah didapati dan mudah dipasang sesuai dengan kos yang perlu dibayar

iv-Ketahanan
-    Kukuh
-    Jika digunakan diluar mesti tahan cuaca dan serangan serangga
-    Tidak mudah rosak

v-Kos Produk
       -    Berpatutan dengan kos pembuatan dan mampu dibeli dan dimiliki pengguna

 vi-Keselamatan
-    Tidak mendatang bahaya kepada pengguna dan kesan buruk terhadap alam sekitar

 vii-Nilai Komersial
-    Memenuhi cita rasa masa kini dan mampu dipasarkan serta menepati kehendak pasaran

English

SINGULAR AND PLURAL

Perbezaan  penggunaan keempat-empat perkataan ini mudah sahaja iaitu Singular dan Plural.
Singular ialah objek yang bilangannya satu.
Plural ialah objek yang bilangannya lebih dari satu (banyak).

Gunakan “this” untuk satu benda atau objek ada di sini (yang dekat dengan kita).
Contoh:This is a book in my hand.
Ini sebuah buku yang berada di tangan saya.
Gunakan “these” untuk objek atau benda yang lebih dari satu, yang berada di sini (dekat dengan kita).
Contoh:These are my friends next to me.
Ini kawan-kawan saya yang berada di sebelah saya.

Gunakan “that” untuk satu benda atau objek ada di sana (yang jauh dengan kita).
Contoh:That is his car over there.
Kereta itu miliknya yang berada di sana.
Gunakan “those” untuk benda atau objek yang lebih dari satu, yang berada di sana (jauh dengan kita).
Contoh: Those are his toys over there.
Itu mainan mereka yang berada di sana.

Gunakan “here” untuk satu benda atau objek yang dekat dengan kita.
Contoh:Here is the pencil in my hand.
Di sini pensil yang berada di tangan saya.
Gunakan “there” untuk satu benda atau objek yang jauh dengan kita.
Contoh:There is the pen next to the lamp.
Di sana pen yang berada di sebelah lampu.
Selain daripada maksud “di sana”, there juga membawa maksud “wujud“. Iaboleh digunakan untuk Singular dan Plural.

Gunakan “there” untuk satu objek (singular) wujud (is).
Contoh: There is (There’s) a table next to the window.
Ada sebuah meja di sebelah tingkap.
Gunakan “there” untuk lebih dari satu objek (plural) yang wujud (are).
Contoh: There are many of my friends at the stadium tonight.
Ada ramai kawan-kawan saya di stadium malam ini.

Pendidikan Seni Visual

Perspektif Warna

-Bagi menghidupkan lagi sesebuah karya, pengetahuan dalam gubahan perspektif warna amatlah penting kerana dengan penggunaan campuran warna yang betul dapat menampakkan kadar kedalaman sesebuah ruang samada ruang cetek atau dalam. Selain daripada saiz objek yang dilukis semakin kecil ke belakang.
bangunan dan manusia yang semakin jauh selain daripada dilukis dengan saiz yang lebih kecil, 
diwarnakan juga dengan warna yang semakin pudar bagi menampakkan kesan ruang

bangunan dan pokok yang semakin jauh diwarnakan dengan warna 
yang semakin pudar ke belakang

1. Perubahan ton warna sama ada daripada terang kepada gelap atau sebaliknya iaitu daripada gelap kepada terang dapat menampakkan kedalaman sesebuah ruang

2. Semakin jauh kedalaman sesuatu ruang, semakin pudar warna objek-objek di dalamnya. Contoh yang biasa kita lihat iaitu bukit bukau di sekeliling kita. Warna bukit akan berubah daripada hijau kekuning-kuningan kepada hijau pudar kebiru-biruan.


Agama Islam

Image result for gambar orang bersedekahBAB 10 - SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN
 Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata:Rasulullah SAW bersabda:setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit.Kamu melakukan keadilan antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah, kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.

Drpd Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda:“Pd setiap waktu pagi & petang, dua malaikat akan turun kpd seorang hamba lalu salah satu drpd malaikat itu berkata: ‘Ya Allah! Berikanlah orang yg mengeluarkan nafkah (sedekah) suatu gantian.Kemudian berkata malaikat yg lain:‘Ya Allah! Berilah kepada orang yg menahan diri drpd mengeluarkan nafkah (sedekah) akan kebinasaan..”
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)


SEDEKAH ialah memberi sesuatu yang bernilai kepada seseorang.

Antara AMALAN BERSEDEKAH dalam hadis ialah:
 -melakukan keadilan antara dua orang (yang berselisih faham)
 -membantu orang menaiki kenderaan atau mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan