SINGULAR AND PLURAL
Perbezaan penggunaan keempat-empat perkataan ini mudah sahaja iaitu Singular dan Plural.
Singular ialah objek yang bilangannya satu.
Plural ialah objek yang bilangannya lebih dari satu (banyak).
Gunakan “this” untuk satu benda atau objek ada di sini (yang dekat dengan kita).
Gunakan “these” untuk objek atau benda yang lebih dari satu, yang berada di sini (dekat dengan kita).
Gunakan “that” untuk satu benda atau objek ada di sana (yang jauh dengan kita).
Gunakan “those” untuk benda atau objek yang lebih dari satu, yang berada di sana (jauh dengan kita).
Gunakan “here” untuk satu benda atau objek yang dekat dengan kita.
Gunakan “there” untuk satu benda atau objek yang jauh dengan kita.
Selain daripada maksud “di sana”, there juga membawa maksud “wujud“. Iaboleh digunakan untuk Singular dan Plural.
Gunakan “there” untuk satu objek (singular) wujud (is).
Gunakan “there” untuk lebih dari satu objek (plural) yang wujud (are).
No comments:
Post a Comment